Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini melancarkan Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA) dalam usaha memaksimumkan lagi agihan zakat di Wilayah Persekutuan. <br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata aplikasi mudah alih itu membolehkan sesiapa sahaja membantu MAIWP dalam mengesan dan melaporkan asnaf di Wilayah Persekutuan.